- Bayangkan kejayaan, bukan kegagalan.
~ Pelajar yang stress selalunya asyik membayangkan persoalan " kalau saya gagal bagaimana? kalau tidak boleh jawab? kalau saya lupa kesemuanya?" Hentikan! sebaliknya, bayangkan yang kita dapat menjawab soalan dengan baik. Bayangkan kita mencapai kejayaan & menjadi pelajar paling CEMERLANG. - Focus pada 1 perkara dalam 1 masa.
~ Masa belajar, kosongkan meja. Jika belajar subjek matematik, biar buku matematik sahaja yang ada atas meja. Focus pada subjek yang sedang dipelajari. Lupakan subjek lain seketika. Jika tidak, belajar matematik teringat sains, belajar sains teringat english, last2 langsung tidak boleh belajar. - Tidur sebelum pukul 12 malam.
~ Lebih baik tidur awal dan bangun awal untuk belajar berbanding tidur lewat dan bangun lewat. Tidur lewat menyebabkan kita letih, lesu, hilang focus dan tidak boleh belajar. Bertambah STRESS! - Tingkatkan kadar degupan jantung.
~ Jantung kita berdegup lebih pantas semasa bersenam. Peredaran darah jadi semakin lancar dan peluh mula keluar. Ini secara semulajadi mengurangkan stress. Senaman pula tidak perlu terlalu lama, 10 hingga 15 minit sudah mencukupi. Pilih sahaja apa-apa aktiviti fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung. Waktu petang sangat sesuai. - Berhenti merungut dan mengutuk.
~ Dalam minda ada banyak pintu. Apabila pintu merungut dan mengutuk dibuka, kita akan kurang rasa bersyukur dan mula rasa sakit hati dengan banyak perkara. Hentikan merungut tidak kira apa juga sebabnya. Merungut hanya menambahkan rasa stress. Kunci pintu merungut di dalam minda kita! - Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan kawan!
~ kita kita hormat, hargai dan sopan kepada ibu bapa, guru dan rakan, mereka akan mudah untuk menyokong dan memberi semangat kepada kita untuk berjaya. Sokongan dan dorongan mereka ini akan mengurangkan stress yang kita alami. - Minta dan bayangkan kejayaan dalam doa.
~ Setiap kali berdoa, minta dikurniakan kejayaan, bukan minta "tidak gagal". Apabila menyebut perkataan "kejayaan" dalam doa, bayangkan apa rasanya jika doa itu benar-benar TELAH DIMAKBULKAN.
Sunday, 15 May 2016
7 Rahsia Tidak Stress & Tension Menjelang Peperiksaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment